Jenis-jenis Antara Muka
1. Antara Muka Baris
Arahan (Command Line Interface)
- Pengguna menyediakan input dengan menaip satu arahan pada papan kekunci komputer dan sistem bertindak dengan memaparkan teks pada monitor computer. Contoh seperti paparan di bawah :
2. Antara Muka Grafik (Graphical User Interface)
- Antara muka grafik menerima input (sistem) melalui peranti seperti papan kekunci komputer dan tetikus dan menyediakan output grafik pada monitor komputer.
- Antara muka grafik digunakan untuk memanipulasi ikon secara terus dengan menggerakkan sesuatu peranti. Contohnya, seperti tetikus yang melaksanakan tugas tertentu. Sebagai contoh, pengguna memindahkan satu fail dari satu folder ke dalam folder yang lain dengan menggunakan tetikus.
3. Antara Muka
Berpandukan Menu (Menu Driven User
Interface)
- Antara muka berpandukan menu membenarkan pengguna untuk mencapai arahan melalui menu.
4. Antara Muka Segera (Prom User Interface)
- Antara muka segera mempercepatkan pengguna untuk memasukkan input, meminta maklumat serta pergi ke langkah yng seterusnya. Sebagai contoh, komputer meminta pengguna untuk memasukkan id pengguna dan kata laluan untuk terus pergi ke antara muka yang berikutnya.
- Contohnya adalah seperti "dialog box email" di bawah :-
5. Antara Muka Melalui
Suara (Voice User Interface)
- Antara muka melalui suara membenarkan pengguna berinteraksi dengan menggunakan aplikasi bahasa percakapan.
- Segala rakaman atau ucapan perlulah menggunakan tatabahasa yang betul dan jelas.
- Hal ini kerana, tatabahasa akan megenalpasti segala respon yang diucapkan oleh pengguna. Namun, sistem komputer hanya akan memahami perkataan-perkataan, ayat dan frasa yang telah sedia ada di dalam tatabahasa.
6. Antara Muka Pelbagai
Modal Pengguna (Multi Modal User
Interface)
- Antara muka pelbagai modal pengguna merujuk kepada interaksi antara maya dan persekitaran fizikal melalui komunikasi mod semulajadi.
- Ia menyediakan persekitaran yang lebih fleksibel, efisyen dan boleh digunakan bagi membenarkan pengguna untuk berinteraksi melalui kaedah input sepert ucapan, tulisan, isyarat tangan dan pandangan.
- Selain itu, kaedah output juga dapat digunakan bagi tujuan ini.
Comments
Post a Comment