Definition of Human Computer Interaction

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Definisi bagi Human Computer Interaction adalah kajian tentang bagaimana manusia berkomunikasi mahupun berinteraksi dengan komputer. Para penyelidik telah mendapati bahawa manusia mampu berinteraksi dengan alat elektronik seperti komputer dengan menggunakan cara yang baru. Penyelidikan tersebut telah menyimpulkan bahawa rekabentuk dan penggunaan teknologi komputer dengan tumpuan khusus kepada antara muka antara manusia dengan komputer.

Matlamat interaksi antara manusia dan komputer ini telah menghasilkan sistem yang boleh digunakan dengan selamat. Ia juga mampu berfungsi dengan baik. Pengguna seharusnya berusaha dengan pelbagai cara untuk menghasilkan sistem komputer dengan kebolehgunaan yang baik.

Dalam interaksi manusia dengan komputer terdapat beberapa pancaindera yang digunakan untuk berinteraksi. Manusia mewujudkan fisiologi yang diperlukan untuk menyerap informasi dalam bentuk suara.

Antara tujuan Human Computer Interaction ialah :-

  • Mencipta sistem yang mempunyai alat dan teknik yang selamat.
  • Menghasilkan sistem yang aman dan bermanfaat untuk pengguna.
  • Untuk memudahkan manusia  beroperasi dengan komputer dan mendapat respon yang baik apabila bekerja dengan sesebuah komputer. 
Human
- Manusia adalah pengguna yang sering menggunakan alat elektronik seperti komputer. Manusia     menggunakan komputer apabila mereka ingin melakukan sesuatu tugasan yang memerlukan software ataupun untuk melakukan kerja-kerja yang relevan dengan pekerjaan mereka. 

Computer
- Komputer ialah perkakasan(hardware) yang digunakan oleh manusia yang memerlukan teknologi seperti windows, juga pelbagai software.

Interaction
- Interaksi pula merupakan sesuatu perkara yang membolehkan terjadinya interaksi antara manusia dengan komputer, Interaksi ialah proses dimana ia memerlukan manusia (pengguna) dan juga komputer (hardware) untuk berinteraksi menyelesaikan sesuatu perkara dalam aspek rekabentuk dan sebagainya. Tanpa adanya dua perkara tersebut, maka tidak wujudlah interaksi antara manusia dan komputer.
 
Sekian..


Comments

Popular Posts