Kunci Primer Dan Kunci Asing

Di dalam pangkalan data, terdapat kunci primer dan kunci asing yangt mana nilainya adalah unik dan mesti mesti diisi (tidak boleh tinggalkan kosong). Setiap jadual mesti mempunyai minimum satu kunci primer.

Kunci Primer

  • Kunci primer adalah medan yang unik mewakili setiap rekod dalam baris sesebuah jadual. Kekunci ini tidak boleh memiliki nilai null (tidak boleh tinggal kosong).
  • Dalam setiap jadual di pangkalan data mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kunci primer. Pemilihan kunci primer adalah bergantung kepada kesesuaian dan keunikan nilainya dengan medan-medan lain.
  • Kunci primer juga boleh diberikan secara automatik oleh perisisan DBMS.
  • Kunci primer juga boleh dicipta sendiri oleh pengaturcara. Antara yang sering digunakan adalah seperti nombor kad pengenalan kerana ia adalah unik (tak akan ada no kad pengenalan yang sama antara dua orang) ataupun nombor surat beranak, nombor passport, nombor pelajar ataupun nombor pekerja.



Kunci Asing

  • Kunci asing adalah salah satu medan dalam jadual pertama yang dijadikan kunci primer,yang berada di dalam jadual kedua atau pada jadual lain. Kunci asing boleh digunakan untuk jadual rujukaan silang.
  • Setiap nilai kunci asing mestilah berpadanan dengan nilai kunci primer dalam hubungan yang dirujuknya. Nilai bagi kunci asing dalam jadual boleh berulang-ulang.



Kepentingan Kunci Primer

  • Memastikan setiap rekod lama yang tersimpan tidak bertindih dengan rekod baru.
  • Memberikan identiti yang unik bagi setiap rekod yang disimpan di dalam pangkalan data.
  • Menjadikan data yang disimpan adalah utuh kerana setiap rekodnya mempunyai satu nilai yang unik sebagai pengenalan diri.
  • Mengelakkan daripada rekod yang sama berulang-ulang disimpan di dalam pangkalan data. Ini seterusnya dapat menjimatkan ruangan storan komputer.
  • Memudahkan proses carian dan capaian ke atas rekod-rekod yang hendak dicari boleh dicapai dengan membuat carian dengan menggunakan kata kunci ke atas kunci primer.



PERBEZAAN ANTARA KATA KUNCI PRIMER DAN KUNCI ASING

Berikut adalah perbezaan antara kata kunci primer dan kunci asing berdasarkan kepada ciri-cirinya.



Kunci Primer
Ciri-ciri
Kunci Asing
Kunci primer biasanya terletak pada medan pertama sebelah kiri dalam jadual.
Lokasi
Kunci asing biasanya terletak pada medan kedua selepas kunci primer dalam jadual.
Kunci ini dicipta dengan memilih medan yang mempunyai nilai yang unik.
Cipta
Ia dicipta dengan memasukkan medan kunci primer dari satu jadual ke jadual yang lain.
Hanya terdapat satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual.
Bilangan Kunci
Mungkin terdapat lebih daripada satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual.
Data pada medan kunci primer tidak mungkin.
Pengulangan Data
Data di dalam medan kunci asing boleh berulang-ulang.
Nilai pada kunci ini adalah nilai yang unik dan ia mesti diisi bagi sesebuah jadual.
Nilai Kunci
Nilai kunci ini tidak unik kerana nilainya merujuk kepada kunci primer pada jadual lain.
Ia tidak membenarkan nilai kosong pada medan ini dan tidak membenarkan pengulangan nilai yang sama.
Nilai Kosong
Kunci ini tidak membenarkan nilai kosong dan pengulangan yang sama.
Kunci ini digunakan untuk menentukan rekod di dalam sesebuah jadual kerana
nilainya yang unik.
Fungsi Nilai
Kunci ini digunakan untuk menghubungkan antara dua jadual bersama.








Contoh :




















Kunci Primer
 



 


 


 



 





Kunci Asing
 

 










 
 


















































Comments

Popular Posts